JANTUNG BANDAR YANG PESAT BERKEMBANG
Mekarsari terletak di tengah-tengah bandar Bertam yang pesat berkembang, sebuah daerah yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk menjadi kawasan pertumbuhan seterusnya di wilayah utara. Antara senarai destinasi dan kemudahan yang penting di sekitar Mekarsari termasuk:
- Mini Putrajaya, pusat pentadbiran persekutuan menempatkan pelbagai agensi kerajaan utama
- Institusi pendidikan yang ditubuhkan seperti USM, MRSM, ILP, UiTM, Sekolah Menengah Sains dan Kolej Kejururawatan
- Pasar raya besar utama seperti Mydin, Sunshine & Tesco
- Pelbagai kemudahan awam yang lengkap termasuk Vision Park, Penang Golf Resort, Kompleks Sukan MPSP, dan lain-lain.